SKMH siap dibina dan befungsi sepenuhnya pada April 1987, seramai 192 orang pelajar telah didaftarkan pada bulan Januari. Oleh itu, pelajar-pelajar tersebut terpaksa menumpang di SRK Bukit Gelugor, selama sepenggal persekolahan iaitu dari 3 Januari hingga 4 April 1987. Pada 20 April 1987, seramai 340 orang pelajar dari beberapa buah sekolah behampiran, termasuklah pelajar-pelajar yang menumpang di SRK Bukit Gelugor, diarahkan berpindah ke SKMH. Pengambilan pelajar semakin meningkat dan setahun ke setahun dan pada tahun 1990, SKMH berfungsi dalam dua sesi.
No comments:
Post a Comment