Sempena dengan perayaan sekolah akan bercuti mulai 12 Oktober 2007 sehingga 21 Oktober 2007. Diucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada warga SKHM.
SKMH siap dibina dan befungsi sepenuhnya pada April 1987, seramai 192 orang pelajar telah didaftarkan pada bulan Januari. Oleh itu, pelajar-pelajar tersebut terpaksa menumpang di SRK Bukit Gelugor, selama sepenggal persekolahan iaitu dari 3 Januari hingga 4 April 1987. Pada 20 April 1987, seramai 340 orang pelajar dari beberapa buah sekolah behampiran, termasuklah pelajar-pelajar yang menumpang di SRK Bukit Gelugor, diarahkan berpindah ke SKMH. Pengambilan pelajar semakin meningkat dan setahun ke setahun dan pada tahun 1990, SKMH berfungsi dalam dua sesi.
No comments:
Post a Comment