Selamat Datang Ke Blog SK Minden Height

Monday, October 8, 2007


SKMH sangat prihatin dan memberi penekanan tentang budi dan bahasa para warga SKMH terutamanya warga pelajarnya. Pihak sekolah telah mengadakan penekanan 4S untuk menekankan budaya budi bahasa di SKMH. Prinsip 4S terdiri dari empat aspek iaitu
-------------------------------
Senyum, Sopan, Salam, Sayang
-------------------------------
Senyum merupakan prinsip pertama yang mengambarkan bibit-bibit memutiknya keikhlasan serta sifat mesra dalam sebarang berurusan. Sopan adalah sifat menghormati adab dan tatasusila dalam segala perkara terutamanya sebagai warga ilmuan.Salam iaitu budaya salam-bersalaman menekankan perihal bertukar-tukar kemesraan, keikhlasan dan tanda hormat antara individu. Sayang iaitu perasaan kasih sayang antara pelajar-guru-ibu bapa yang menceriakan perasaan keluargaan SKMH.

No comments: